AMPANG: Polis memberkas seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis di Kampung Pandan di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berada di pejabat dan sedang menunggu pekerja di kedai berkenaan membaiki kipas.
"Suspek yang juga pembantu kedai itu telah meminta nombor telefon bimbit mangsa.
"Semasa remaja berkenaan sedang menulis, suspek bertindak memegang bahu mangsa dengan kedua-dua belah tangan dan melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Azam berkata, suspek telah diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.
"Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah
"Lelaki itu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 12 2024
Suspek telah diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa. - Gambar hiasan
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Pembantu kedai ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan
Polis memberkas seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis di Kampung Pandan, pada Isnin.
Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup
Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.
Ibu dakwa anak dicabul PU Azman cara 'pegang-pegang'
Perbicaraan kes amang seksual PU Azman diteruskan dengan keterangan daripada ibu salah seorang lagi mangsa yang mendakwa anaknya turut dicabul tertuduh dengan cara 'pegang-pegang'.
Enam kertas siasatan kes amang seksual babit pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR
PDRM telah merujuk enam kertas siasatan membabitkan seorang pendakwah selebriti berkaitan kes amang seksual kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya, Rabu lepas.